Isnin, 19 September 2011

Traumatic experienced: Annisa fitted!

Salam,

Kakak, abang dan adik tengah tidur ketika mommy update blog ni. Start from today onwards, mommy ada perasaan yang amat takut untuk tinggalkan kamu semua bermain sendirian. mungkin kisah semalam memberi seribu satu pengajaran buat mommy.

Jam 10;30 pagi (ahad 18 sept 2011)

Tinggal mommy , daddy dan adik di rumah. Adik diseang diarhorea since friday and vomiting after meals. Mungkin sebab makan macam-macam musim raya ni. adik tak nak makan. badan semakin kurus, mommy pun ambil multivitamin yang Klinik Kesihatan bagi about one month ago. so adik mungkin ada selera nak makan balik.Macam biasa, adik akan menangis bila  bagi ubat. adik memang takut makan ubat, and usually memang we forced her to take the medicine. Sebab kalau campur dengan susu, pretty sure dia campak jer botol susu tu coz rasa dah lain.

Seterusnya daddy pangku adik. mommy bagi ubat. first time bagi adik nangis lagi. second time bagi tiba-tiba adik dah terkulai layu kat pangkuan daddy. Mommy panik!
Mommy panggil nama Nisa tak menyahut. Mommy angkat adik pergi toilet. Mommy jirus adik dengan air. (mommy buat coz fikir nak menyedarkan dia dengan air sambil mommy dah meraung-raung menangis sambil menjerit-jerit suruh daddy call ambulans) unfortunately adik tak sedar jugak. Ok masa ni, mommy macam dah tak boleh piker. blank.

Mommy mengucap sekejap. baringkan adik. nekad buat CPR( berbekalkan sedikit ilmu yang tak pernah dipraktikkan even on patient). mommy tak rasa pun pulse adik ada ke tidak. nekad jer buat CPR. masa ni muka adik dah bluish..mata dah kejam.Sepatutnya kena rasa pulse dulu before buat CPR. After 2 cycle buat CPR bibir adik dah pink sikit. tapi still tak sedar. mommy iringkan adik. tepuk-tepuk belakang adik (sambil mommy menangis tak berhenti-henti).

Daddy dah hidupkan kereta. Call ambulans ada jawapan operator. tanya masalah apa. daddy kata tersedak ubat.tak sedar. operator kata kami sambungkan ke ambulan. tapi sambungan nak tunggu ambulan tu punyalah lama. daddy nekad hantar terus sendiri ke sepital..

ok selepas CPR tadi, adik dah pink skit, and then start menangis bila mommy tepuk badan dia. tapi macam tak larat. tidur sambil menangis.SYUKUR.terus masuk kereta dalam keadaan baju adik basah kuyup juga baju mommy. Masa ni mommy rasakan hospital Kajang ni macam jauh sangat. (padahal 5 minit jer dari rumah). pasang lampu kecemasan tapi banyak driver buat tak kisah. mungkin mereka fikir tayar keta kami pancit! sebabtu kami bawa laju-laju macam orang gila.huh!

Sampai Emergency Department, terus dapat rawatan dari doktor. Doktor siap buat xray TRO foriegn body. coz about half and hour before fit tu mommy ingat adik ada pegang coins box. So takut juga adik tertelan duit. tapi result xray takde FB tu.

Doc decide adik masuk ward. nak monitor coz this is first time episode untuk adik juga mommy. doc pun tak boleh nak decide samaada Epilepsy atau apa. coz masa fitting, adik takdeshaking, mulut tak berbuih dan takde berak selepas fitting. doc kata biasanya kalau fitting due to epilepsy ni tangan dia masa fit tu macam kejang dan ada shaking beberapa kali, mulut berbuih dan uprolling eyeballs. tapi seingat mommy adik tak kejang, cuma dia terkulai dan tidak sedarkan diri di pangkuan daddy lalu muka menjadi biru.

Sehari di Hospital Kajang, alhamdulillah pakar pediatrik dua orang datang. kedua-duanya membuat diagnosis yang sama. Lepas check Central nervous system, tanya history, condition adik dan cara dia fit, doc kata most probabbly adik kena 'BREATH HOLDING SPELLS'. Alhamdulilah syukur. Semuanya selamat.

Banyak benda yang mommy belajar dari peristiwa ni. ini adalah pengalaman pertama mommy berhadapan dengan anak yang fitted.
  1. kalau lah diberi pilihan, mahu saja beli rumah depan sepital. bila jadi macam ni, sepital yang 5 minit dari rumah tu rasa macam 50 minit perjalanan..
  2. Membuat panggilan ambulan tak semudah A,B,C. memang tekan nombor 999 senang je..tapi nak menunggu jawapan tu...
  3. sedih bila ramai driver yang tak alert langsung dengan lampu kecemasan saya dan langsung tidak memberi laluan.
  4. Syukur ada juga sedikit ilmu CPR. dan akhirnya CPR tu saya praktikkan kan kat anak sendiri!
  5. Taubat tak mahu bagi ubat anak selang seli dengan memicit hidung. Dulu ada nurses kat klinik bagi tau teknik tu, so bila kita picit sekejap anak menelan ubat tu. BAHAYA kawan-kawan.
  6. Kalau anak menangis, JANGAN FORCED dia makan ubat tu. bahaya juga. Menangis keterlaluan pada kanak-kanak juga boleh jadi fit. Ni doktor cakap k.
  7. Doctor kata kes-kes bdak tersedak susu pun lebih kurang macam ni. So hat-hati bagi susu. pangku anak setiap kali bagi susu. Jangan bagi anak (specially bawah 2 tahun) isap susu sendiri terutama dalam buaian. takut tersedak kita tak sedar.
  8. Tiba-tiba rasa nak berhenti kerja. membayangkan perkara sama berlaku ketika ketiadaan saya.

'Ya allah Kau lindungilah anak-anakku(Putri Nur Alleya,Muhammad Aqil, Putri Nur Annisa).Ya Tuhan Kami yang menguasai langit, Maha suci nama-Mu, perintah-Mu di langit dan di bumi, sebagaimana rahmatMu dilangit. Jadikanlah rahmatMu di bumi, lalu ampunilah kami atas dosa dan kekeliruan kami. Engkaulah Tuhan Tayyibin, turunkanlah rahmatMu dan ubat daripada ubatMu atas segala penyakit. Amin. 




8 comments:

Andria JRN berkata...

serius tu beb, teringatkan anak2 lak aku bila baca kisah ni.

Andria JRN berkata...

serius tu beb, rasa takut lak aku teringatkan anak2 bila jauh mcm ni.

...mommy jue... berkata...

Ya Allah, kesiannya anak.. syukur alhamdulillah anak u tak apa2 kan...

Assalamualaikum.. berkata...

Alhamdulillah...tiada kata2 lain selain bersyukur. Semoga apa yg berlaku menjadi pengajaran yg sangat berguna. Tak taulah kalau aku kat tempat kau. Mungkin lebih dari takut. Pengalaman anak pertama aku dah cukup menguji. Alhamdulillah...nisa kuat!

Assalamualaikum.. berkata...

Alhamdulillah....semua ok.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullah...nisa dah ok.

Amiizaa2001 berkata...

salamss CG, ya allah betapa cemasnya CG masa tu..rasa nak mengalir air mata.....syukur dah ok....

ummiaqeef berkata...

ish bahaya gak.. risau je sekarang ni macam2 boleh jadi.. minta dijauhkan lah dari sesuatu yg tidak diingini..