Ahad, 29 Januari 2012

'ammak' berhenti kerja

'ammak nak berhenti kerja.dia kata nak berhenti hujung bulan ni.ermmm agak terkejut jugak lah bila ammak kata nak quit. Tapi itu hak dia. dulu masa saya nak ambil maid dari indonesia semasa saya disahkan pregnant 3rd baby, dia yang offer nak kerja dgn saya coz masa tu anak2 saya adik dia yang jaga. 3 tahun dia kerja dengan saya Alhamdulillah anak-anak saya dijaga dengan baik.

               ***************************************************************

Sekarang masih buntu samaada nak hantar anak2 ke taska atau ambil maid baru. kalau ikut suami dia nak ambil maid dari Kemboja. Ikut saya nak hantar anak-anak ke taska. Ikut mak saya dia suruh hantar anak2 saya ke Kampung, biar dia jaga katanya. Siap suruh kakak sekolah kat kampung.hahah yang ni definitely NO. `

Fikiran saya agak buntu sekarang ni. macam-macam bermain difikiran sehinggalah saya terperasan yang saya sangat kurang bercakap dengan anak-anak dan suami. Minda berputar laju memikirkan pro n cons meletak anak disini dan disitu. Checklist maya juga cantik tersenarai dalam kepala..

Kalau ke Taska.
  1. kalau anak sorang dua dan masih belum ke sekolah mungkin lebih mudah. tapi kalau anak yang dah bersekolah macam susah sikit.
  2. agak kelam kabut lah pagi. nak uruskan kakak dan abang ke sekolah sebelm ni pun agak sibuk (waktu pagi). sekarang kena siapkan dan hantar mereka sblm ke kerja. mommy kena rushing pulak..bermulah episode punch card merah lepas ni...uhuhu
  3. macam mana pulak dengan lunch kakak. dia kena indipendent. balik sekolah siapkan diri sendiri ke sekolah kebangsaan. baju sek agama masuk laundry bag. makan sendiri.ambil sendiri. (tak pernah buat pun kalau dirumah)
  4. risau kalau dia leka bermain..tak rehat. selalu balik sekolah agama dia minum susu. makan tengahari n nap. ammak akan kejut bila sampai waktunya utk pastikan dia dapat rehat sebelum ke sekolah kebangsaan. kalau kat taska how?
  5. Risau juga kalau dia tak bawa barang yang sepatutnya di bawa ke sekolag...lepas ni duit sekolah kena letak dalam school bag..water tumbler pun kena letak siap2 dalam dua-dua beg..kalo tidak kompem dia tak ingat nak bawa...
  6. Taska depan sek kebangsaan. saya tak tanya lagi ada tak orang tolong budak-budak lintas jalan..tapi kalau dia kata takda kompom saya tak hantar lah....
  7. muhammad aqil pulak anak saya y paling manja...pakai baju sendiri pun tak reti lagi...macam mana agaknya kat taska kalau   nak makan..sbb makan sampai sekarang bersuap...takkan kat taska cikgu cikgi nak suapkan kot...dah besau...kesiannya anak mommy..
  8. annnisa pulah fully CD..saya masih tak tanya taska ni boleh ke arrange budak y pakai CD ni..tapi  bukan depa orang kena basuh pun CD tu..just letak dalam wet bag jer lah kolo dah guna..cuma saya kena pasangkan CD siap2 dari rumah untuk sehari tu..takut2 derang rimas atau kata CD ni menyusahkan derang..almaklumlah, benda lag mudah ada macam disp diapers..dioran tak tau mak annisa ni towards eco environment mommy haha haaashemmmmmm! bersin sekejap
  9. Annisa tidur pakai buai..dekat taska ni nampak takder buai...macam mana lah agaknya..dia tidur selalu nak kena 'kelon' kata oran jawa...kat taska how?
Sebenarnya kalau saya hantar anak ke taska dari kecil mungkin takder masalah. derang pun boleh adapt suasana di taska. tapi ni secara mengejut dan derang dah biasa dgn kehidupan di rumah..(sebelum ada maid dulu saya hantar rumah orang) so selain cabaran untuk mommy ini adalah cabaran baru untuk derang jugak..


Kalau pakai maid kemboja/ indonesia
  1. kena sedia initial cost lah untuk bayar kat agen (dah call agen utk maid kemboja nak 5k. maid dari jawa timur 6-7k..huishhh dasyat kan..patutlah agen ni tumbuh cam cendawan..halal haram sumer ada..
  2. kena ada orang dewasa saudara mara kat umah saya untuk monitor for the first few months(ni tak cukup)mau kena setahun baru confident!...tak berani nak tinggal anak pada orang y belum kenal rapat .tapi sapa..nenek munkin leh teman dalam sebulan 2 jer..pastu how?
  3. tahap kebersihan oran luar specially indonesia ni kan saya tak berapa percaya lah.....orang kemboja apatah lagi..lagi2 bab mencuci tangan bila nak bagi anak makan atau pegang anak lepas buat kerja rumah..telur yang saya nak pecah dan buang kulitnya pun saya basuh dulu...
  4. mommy kena masak siap2 lah untuk lunch ..tak berani nak bagi derang masak..
kesimpulannya kalo ambik maid dari luar ni saya rasa lebih mudah..cuma saya perlukan orang yg saya kenali utk tinggal bersama saya yg banyak masanya dirumah...CCTV ak memadai..dia hanya merakam, bukan menghalang..

Arghhhhh buntunya. Nak quit, mak pulak tak bagi..ermmm bila dengar nasihat dari mak rasa sedih plak...:( hubby pun macam berat skit nak suruh saya quit nih..)

 tengok muka kakak adik dan abang tidur..sayunya hati..membayangkan mereka di taska nanti...

mommy cry..

7 comments:

Mama Mirza berkata...

setiapnya ada pro and cons... cuma bagi saya, anak akan lebih banyak belajar dan pandai berdikari jika ke taska.. awal² memang perit.. tapi bila dah lama ok.. cuma kalau rumah agak berserabut sbb tak sempat kemas, let it be.. :)

~CanaryGalapagos~ berkata...

thanks kakak,sy pun ade fikir mcm tu. suami pun ade ckp kita bg anak2 berdikari,tp tu lah hati ibu ni kan? . .asyik dok fikir jer. tp itu lebih baik dari ambil risiko tggl anak kecik dgn maid baru yg kita lum kenal kan. . .

Tanpa Nama berkata...

taska tak best.. anak sy mcm2 jd.. penjaga bt dono jer...

~CanaryGalapagos~ berkata...

tanpa nama; apa yg jadi tu. boleh share dgn saya...hyhu takutnya...:(

Tanpa Nama berkata...

bila balik umah ada bengkak o lebam2 kat badan anak ke2 sy.(anak pertama dah boleh bercakap) sy tanya penjaga dorg kata xtahu dan pagi tadi g taska dah ada, sedangkan takkan la sy tanya kalo saya yang lebamkan anak saya. sabar banyak2... tiap2 hari baca doa mintak ALLAH lindungi anak-anak saya..

~CanaryGalapagos~ berkata...

tu lah kan...kita kena doa dan tawakkal..kdg2 terpaksa juga hantar..memang tak kan ade org yg jaga anak kita sebaik kita sendiri yg jaga..sy kira terpaksa hantar juga dan monitor for the first few days...bole la nanti soal selidik dgn anak.

suzie berkata...

semoga akak terus tabah dalam menghadapi dugaan..